Saya Adalah Saya!!!

Saya Adalah Saya!!!

Saturday 26 November 2011

~BIARKAN AKU TERUS MENUNGGU~

Di sini aku ingin berkongsi 1 kisah, 1 rase, 1 pemikiran dan 1 perasaan...

Berkisar tentang cinta dlm khidupan manusia..

kata orang suke tak semestinya sayang, sayang tak bermaksud cinta, tapi...
CINTA mewakili perasaan sayang dan suka...

Kisah di mana seorang perempuan yg terlalu teruja untuk mendampingi seorang lelaki,
Dimata dia si teruna sangat sempurna,
Bermula pada cinta pandang pertama,
Berputik rasa yang tak pernah digambarkan,
Meskipun si dara berpengalaman dalam hal2 bercinta,
Tapi inilah kali pertama "JATUH CINTA!!"

Tak berapa lama mereka berkenalan,
Akhirnya dengan mudah menjadi rapat ibarat kawan baik,
Hanya seminggu.......

Persahabatan diteruskan;
Kerana adanya gadget seperti handphone,laptop,
Tak kemana dunia ini kalau masih ada facebook..
ermmmmm..............

Sampailah satu hari si dara ditawarkan melanjutkan pelajaran ke IPTA,
sebulan selepas itu, si teruna pula menyambung pengajiannya,
Walaupun jarak mereka terpisah jauh,
Tapi Allah dah takdirkan mereka tetap bersama...

Sesungguhnya,
Sukar untuk dijelaskan
Betapa sukanya hati si dara apabila si teruna melamarnya sbg KEKASIH...
Iyelah,... 'bagai bulan jatuh ke riba"

Setiap hari dunia si dara di penuhi rasa bahagia,
Sampaikan 1 hari dia rasa tak boleh hidup lagi,
Jika ditakdirkan mereka berpisah...

Namun sayangnya,
Si teruna tinggalkan si dara sendirian,
Dapat digambarkan rasa perit kehilangan...
Diceritakan bahawa setiap hari si dara menangis,
Pelbagai usaha dia lakukan semata-mata ingin menambat hati si teruna kembali,
Apa malangnya nasib, rupanya si teruna tak pernah pun merasa cinta pada si gadis,
Perasaan yg selama ini dirasai hanya "SUKA dan NAFSU"

kenapa si teruna pergi???
Sedangkan si gadis masih menawan dan selalu cube ditawan,
SEBAB.......

Si teruna baru tersedar
Yang selama ini dia salah...
Dia KELIRU dengan perasaan suka dan cinta..
Si teruna pergi kerana mencari yg hakiki...

Diceritakan juga bahawa
Si teruna pernah menaruh hati pada seseorang...
Nama cukup sedap,
"LAILA"
Mendengar namanya sahaja cukup mengambarkan betapa cantiknya laila bagi si teruna..
Tapi si teruna selalu memberitahu laila hanya kenangan...
Hakikatnya,si teruna pergi untuk mencari ketenangan..

Kata si teruna pada si dara...
"Kita boleh macam dulu, tapi bagi saya mase"
Masa apa????
Lalu, si dara berjanji akan terus menunggu
Tanpa mencari pengganti...

Persoalannya, si dara masih tertanya-tanya...
Apakah ending pada sebuah kisah cinta 3 segi ni???

Adakah si teruna akn mencintai dia juga 1 hari nanti,
Adakah penantian si dara hanya sia-sia kerana si teruna jatuh cinta dan mengahwini perempuan lain,
dan paling teruk tak dpat lagi mencintai si dara!!!!!!
Arghhhhhhhhh tidakkkkkk!!!!!!
she said "I never hate him, bcoz I'm still love him now n forever..."
Dunia memang adil!!
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa mesti ada yg mencintai tapi tak dicintai pun.........

*Jika aku diberi pilihan untuk memilih endingnya..
 Aku memilih di cintai dan mencintai..
 Supaya aku temui juga keadilan dlm sebuah kisah ni....


No comments:

Post a Comment